2025-07-15 IDOPRESS

Foto BERNAMA
SHAH ALAM,15 Julai - Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 10 September depan bagi sebutan kes untuk pembelaan memasukkan representasi seorang anggota polis yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Nur Farah Kartini Abdullahpada tahun lalu.
Perkara itu diputuskan dalam prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar,Nadia Othman.
Peguam,Aida Zainuddin yang mewakili tertuduh,Muhammad Alif Monjani berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti kesemua dokumen diterima daripada pihak pendakwaan antaranya laporan patologi,kimia dan forensik.
Pendakwaan dalam prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Maizatul Munirah Abdul Rahman.
Pada 12 Jun lalu,Muhammad Alif mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Ladang SKC Kledang,Hulu Bernam,Hulu Selangor.
Mengikut pertuduhan,dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian wanita itu antara 9.00 pagi,10 Julai hingga 6.00 petang,15 Julai 2024.
Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur