2025-07-15 IDOPRESS

Timbalan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby ditemui pemberita pada program "Biggest Losses" peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan
KOTA BHARU,15 Julai -Seramai 354 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan telah menyertai Program Penurunan Indeks Jisim Badan (BMI) "Biggest Losses" yang berlangsung dari 1 November tahun lalu hingga April lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata,program yang dianjurkan Cawangan Latihan,Jabatan Pengurusan Kontinjen Kelantan sebagai satu inisiatif kesihatan strategik yang menyasarkan pembentukan warga pasukan keselamatan yang lebih cergas,sihat dan berdaya tahan.
"Ini satu program yang bagus,kita nak melihat pegawai dan angota polis di Kelantan ini berada pada satu susuk tubuh yang sihat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Biggest Losses" peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan,di sini.
Deputi Komisioner Mohd. Ali memaklumkan objektif utama program itu adalah bagi membantu warga PDRM Kelantan mencapai BMI yang ideal,meningkatkan stamina dan daya tahan fizikal,serta membudayakan amalan kerja sihat dalam kalangan anggota.
Selaras dengan aspirasi PDRM untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berintegriti dan berdisiplin,tetapi juga cergas,sihat dan bersedia mendepani cabaran tugas seharian.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur