2025-07-15 IDOPRESS

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Julai - Tiada sebarang kes penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi dikesan berlaku di Malaysia setakat ini.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kastam Diraja Malaysia,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pemain industri bagi menjalankan siasatan terperinci.
“Setakat ini,tiada bukti ditemui. Kami telah berbincang dengan Amerika Syarikat dan syarikat besar untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Sekiranya ada bukti,tindakan pasti diambil. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pembentangan Kad Laporan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) bagi Suku Kedua 2025.
Beliau menjelaskan,permintaan terhadap cip AI di Malaysia meningkat susulan perkembangan pesat sektor pusat data.
Sekali gus,menimbulkan perhatian antarabangsa terhadap risiko pemindahan teknologi sensitif.
Malaysia juga sedang menyemak semula penyenaraian cip AI bawah Senarai Barangan Strategik (SIL) bagi mematuhi piawaian antarabangsa.
Langkah itu bagi mengelak sekatan sekunder yang boleh menjejaskan industri serta ekonomi negara.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur