2025-07-15 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Julai - Malaysia kekal berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran pertumbuhan perdagangan antara empat hingga lima peratus tahun ini,meskipun berdepan cabaran ekonomi global serta tekanan tarif baharu dari Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,peningkatan aktiviti dagangan dalam lima bulan pertama 2025 telah menyumbang kepada prestasi memberangsangkan,terutama menjelang penguatkuasaan tarif AS pada Ogos ini.
"Sasaran pertumbuhan masih boleh dicapai kerana banyak aktiviti dagangan telah didorong lebih awal,terutamanya menjelang pelaksanaan tarif AS,” katanya dalam sidang media selepas pembentangan Kad Laporan MITI Suku Kedua 2025,hari ini.
Menurut beliau,walaupun pertumbuhan perdagangan global dilihat semakin sederhana,Malaysia kekal optimis berdasarkan prestasi eksport semasa serta keyakinan pelabur yang masih tinggi.
"Bank Negara Malaysia mengunjurkan pertumbuhan sekitar lima peratus bagi tahun ini,manakala Kementerian Kewangan menganggarkan prestasi semasa berada pada paras 3.9 peratus," katanya.
Dalam laporan itu juga,Tengku Datuk Seri Zafrul memaklumkan bahawa Malaysia berjaya meraih RM25.6 bilion dalam bentuk potensi pelaburan serta RM30.8 bilion potensi eksport hasil misi perdagangan dan pelaburan yang telah dilaksanakan setakat ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur