2025-07-15 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 Julai – Malaysia giat menjalankan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu tarif yang dijangka berkuat kuasa bermula 1 Ogos ini.
Menurut Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,perbincangan bersama Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) ditumpukan terhadap perkara yang terlibat dengan tarif serta isu bukan tarif yang berkaitan.
“Kita sedang teliti kesan terhadap eksport negara sekiranya kita bersetuju dengan beberapa syarat,termasuk syarat berkaitan pemilikan ekuiti asing,” katanya dalam sidang media selepas pembentangan Kad Laporan MITI Suku Kedua 2025,di sini hari ini.
Tambah beliau,Malaysia tidak akan bersetuju dengan mana-mana permintaan yang dianggap tidak adil atau memberi kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi negara.
Terdapat juga beberapa isu yang masih memerlukan masa untuk diputuskan kerana ia melibatkan banyak kementerian dan agensi yang perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang persetujuan dibuat.
Mengulas mengenai pendekatan jangka panjang,beliau berkata Malaysia akan terus mengutamakan strategi nilai tambah dan kerjasama industri dengan rakan dagang global bagi memastikan daya saing kekal kukuh walaupun berdepan cabaran geopolitik.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur