2025-07-16 HaiPress
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa KPDN,Shamsul Nizam Khalil ditemui RTM ketika menjadi tetamu rancangan Biz Malaysia
KUALA LUMPUR,15 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa orang ramai agar lebih proaktif melaporkan sebarang kenaikan harga barang yang tidak munasabah susulan pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa KPDN,Shamsul Nizam Khalil berkata,pemantauan menerusi Ops Kesan 4.0 yang kini memasuki minggu ketiga mendapati tiada lonjakan harga secara menyeluruh,namun siasatan tetap dijalankan terhadap beberapa segmen yang terjejas akibat peningkatan kos input.
“Pengguna digalakkan membuat perbandingan harga sebelum membeli,sama ada secara fizikal atau melalui aplikasi Price Catcher bagi mengenal pasti peniaga yang mengenakan harga lebih tinggi daripada pasaran serta mengesan kemungkinan berlakunya pencatutan,” katanya.
Setakat ini,sebanyak 603 premis diperiksa,melibatkan 2,755 unit barangan (SKU). KPDN turut menerima 23 aduan rasmi dan telah memanggil 12 syarikat termasuk pengilang,pengedar dan platform e-dagang bagi sesi libat urus untuk meneliti struktur kos dan margin keuntungan.
Orang ramai boleh menyemak dan membandingkan harga barangan keperluan harian melalui aplikasi Price Catcher yang boleh dimuat turun di App Store,Google Play atau layari pricecatcher.kpdn.gov.my. Aduan pula boleh dibuat melalui aplikasi Ez Adu,WhatsApp,portal e-Aduan atau talian hotline KPDN.
Ops Kesan 4.0 yang dilaksanakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) turut disokong inisiatif lain seperti KITA GEMPUR,sistem digital eCOSS untuk pemantauan minyak masak bersubsidi serta program mesra rakyat seperti Jualan Rahmah MADANI dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
KPDN menegaskan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan terhadap pihak yang menaikkan harga tanpa justifikasi munasabah.
Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan
Sokong naik taraf premis, promosi pelancongan dalam Belanjawan 2026
Malaysia sasar potensi eksport RM230 juta pada Ekspo China-ASEAN ke-22
Kemahiran pengaturcaraan melahirkan generasi celik teknologi
Transformasi digital, sumbang pertumbuhan ekonomi negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur