2025-07-16 HaiPress

Anuar Fariz Fadzil
KUALA LUMPUR,15 Julai – Malaysia Digital Xceleration (MDX) Summit 2025 dan SmartGov Malaysia 2025 yang diadakan di ibu negara pada 17 hingga 19 September dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,Anuar Fariz Fadzil,menerusi penganjuran itu Malaysia bakal memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju digital di rantau ASEAN.
Penganjuran kali ini turut memberi penekanan kepada teknologi peralatan baharu dan impaknya terhadap kehidupan harian masyarakat.
"MDX Summit 2025 merupakan penganjuran tahun ketiga dan sentiasa berbeza kerana menampilkan teknologi baharu.
"Tahun ini,fokus diberikan kepada bagaimana alat baharu ini menjadikan hidup lebih produktif dan bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas taklimat Malaysia Digital Xceleration (MDX) Summit 2025 dan SmartGov Malaysia 2025 di ibu negara.
Kedua-dua program itu dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Program tersebut turut memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat pameran secara percuma,manakala sesi persidangan akan diadakan secara berbayar.
Program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama strategik Synapze Sdn Bhd itu akan menampilkan perbincangan mendalam mengenai teknologi generasi baharu meliputi data,pengkomputeran,kepercayaan digital,kreativiti dan pembangunan bakat.
Acara itu juga dijangka menghimpunkan pakar antarabangsa termasuk dari London School of Economics,Dr. Keyu Jin dan Founders by the University of Cambridge,Gerard Grech.
Sementara itu sesi SmartGov Malaysia 2025 akan menekankan transformasi perkhidmatan awam berasaskan teknologi pintar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur