2025-07-16 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 Julai - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pasaran yang semakin baik setelah didorong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Laporan mengenai Nvidia yang boleh menyambung semula penjualan cip mikro ke China turut memberi isyarat bahawa kejutan tarif AS boleh diuruskan,sekali gus meningkatkan lagi sentimen pasaran.
Pada 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.2395/2440 berbanding dolar AS daripada 4.2505/2560 ketika ditutup pada Isnin.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata pergerakan ringgit memperoleh dorongan selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua China mencatatkan peningkatan di luar jangkaan.
Beliau berkata keadaan itu menjadi rangsangan serantau yang didorong bukan oleh permintaan AS,tetapi oleh daya tahan China dalam laluan eksport bukan AS.
“Ini sebagai peringatan bahawa mata wang negara ASEAN,khususnya ringgit,masih boleh meraih momentum meningkat apabila enjin penawaran China beroperasi dengan lancar dan stabil serta kompas perdagangannya beralih ke selatan dan timur,bukannya ke barat,” katanya.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut bersetuju faktor luaran telah mendorong kenaikan ringgit serta mata wang lain hari ini.
Pada akhir dagangan,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.7047/7107 daripada 5.7305/7379 ketika ditutup semalam,dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8702/8734 daripada 2.8858/8897.
Ringgit juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.9539/9591 daripada 4.9693/9757.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3095/3133 daripada 3.3184/3229 semalam,dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 260.6/261.0 daripada 261.5/262.0.
Ringglt lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.49 daripada 7.50/7.51 ketika ditutup pada Isnin,dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0784/0988 daripada 13.1213/1439.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur