2025-07-16 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,16 Julai - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) dan tidak memenuhi jangkaan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedahnya.
Pada pukul 8 pagi,mata wang tempatan turun kepada 4.2480/2575 berbanding dolar US daripada 4.2395/2440 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS untuk bulan Jun yang dikeluarkan pada hari Selasa menunjukkan bahawa kadar inflasi di AS meningkat,sekali gus tidak menetapi jangkaan penurunan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan datang pada akhir bulan Julai ini.
"IHP AS meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun pada Jun daripada 2.4 peratus pada bulan sebelumnya dan IHP teras meningkat 2.9 peratus pada Jun selepas mengekalkan kenaikan 2.8 peratus selama tiga bulan berturut-turut," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua China menyederhana kepada 5.2 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama,menyebabkan yuan China merosot berbanding dolar US sebanyak 0.15 peratus kepada 7.1825 yuan.
"Berdasarkan IHP terbaharu AS dan KDNK China,ringgit boleh terjejas dengan pertukaran dolar AS-ringgit antara RM4.24 hingga RM4.26 hari ini," katanya.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8552/8618 daripada 2.8702/8734 semalam,meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6893/7021 daripada 5.7047/7107 dan menokok berbanding euro kepada 4.9311/9421 daripada 4.9539/9591.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Unit domestik melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3066/3145 daripada 3.3095/3133,menambah berbanding baht Thailand kepada 13.0355/0783 daripada 13.0784/0988 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 261.1/261.8 daripada 260.6/261.0 dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.47/7.49 ketika ditutup pada Selasa.
- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur