2025-07-16 IDOPRESS

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke (tiga dari kiri) melihat replika kapal ketika melawat ruang pameran Minggu Maritim Malaysia 2025 / Foto BERNAMA
SUBANG JAYA,15 Julai - Malaysia berharap rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) dapat mengurangkan impak tarif 25 peratus yang bakal dilaksanakan,khususnya melibatkan sektor maritim.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,kerajaan sedang berusaha melalui saluran diplomatik bagi memastikan industri maritim kekal berdaya saing meskipun berdepan tekanan ekonomi global.
“Rundingan masih berjalan,jadi kita belum boleh membuat kesimpulan bahawa tarif lebih tinggi akan dikenakan.
Kita berharap akan ada keputusan positif sebelum 1 Ogos ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2025 di sini.
Loke memaklumkan,sektor maritim negara kini menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan jumlah dagangan di pelabuhan utama yang dikendalikan MMC Corporation Bhd dan Westports Holdings Bhd.
“Pelabuhan sedang menunjukkan prestasi sangat baik kerana jumlah dagangan telah meningkat.
Malah,kita menantikan pengumuman Lloyd’s List Ogos ini yang akan mengesahkan Pelabuhan Klang berada dalam senarai 10 pelabuhan tersibuk dunia,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan,isu tarif turut memberi kesan kepada negara lain di Asia,Eropah dan Amerika Latin.
“Oleh itu,kerajaan akan terus mengadakan perbincangan berterusan,termasuk dalam mesyuarat Kabinet setiap minggu,demi mencapai hasil rundingan terbaik untuk negara,” tambahnya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur