2025-07-16 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar berucap pada Persidangan Antarabangsa Malaysia Mengenai Tadbir Urus dan Integriti (MICGI) 2025 hari ini / BERNAMA
PUTRAJAYA,15 Julai – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan komited untuk membentangkan dua rang undang-undang penting berkaitan integriti dan ketelusan,iaitu Akta Kebebasan Maklumat (FOI) serta pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) di Parlimen pada akhir tahun ini.
Menurut beliau,penggubalan kedua-dua akta itu merupakan langkah penting dalam membina semula kepercayaan rakyat,memperkasakan sistem penyampaian kerajaan serta mendorong penyertaan rakyat dalam demokrasi secara lebih bermakna.
"Kami juga akan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat bagi memperkukuh ketelusan dan memberikan akses sebenar,kepada orang ramai terhadap keputusan kerajaan. Ini merupakan langkah penting dalam membina kepercayaan awam dan menggalakkan penyertaan rakyat secara bermaklumat dalam sistem demokrasi kita.
“Kami kini sedang dalam proses meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat,Akta 711,bagi menyediakan perlindungan yang lebih luas dan bermakna,serta menubuhkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang bebas bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan berkesan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa Malaysia Mengenai Tadbir Urus dan Integriti (MICGI) 2025 hari ini.
Datuk Seri Anwar turut memaklumkam,pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat akan melibatkan peluasan perlindungan,penyingkiran pengecualian sedia ada dan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat Bebas bagi memastikan pelaksanaan yang lebih efektif.
Tambah beliau,langkah tersebut adalah sebahagian daripada pendekatan menyeluruh Kerajaan MADANI untuk memperkukuh institusi negara agar lebih telus,adil dan bertanggungjawab.
Terdahulu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan kini dalam fasa akhir meneliti dan memuktamadkan draf cadangan pindaan dua akta berkenaan selain penubuhan institusi Ombudsman.
Datuk Seri Azalina turut menjelaskan,pelaksanaan akta-akta itu perlu bergerak selari,memandangkan peranan Ombudsman yang bakal menggantikan fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) memerlukan asas kukuh dari segi perundangan dan institusi.
Malaysia ketika ini juga memegang jawatan sebagai Presiden Persidangan International Anti-Corruption Academy (IACA) untuk sesi ke-13,satu pencapaian bersejarah yang menurut Perdana Menteri menjadi bukti komitmen negara dalam menerajui usaha global membanteras rasuah.
Kerajaan turut menyasarkan untuk berada dalam kelompok 25 negara teratas dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033,seperti yang digariskan dalam Strategi Antirasuah Kebangsaan (NACS) 2024-2028.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur