2025-07-16 IDOPRESS

FOTO FB Kementerian Kerja Raya Malaysia
LAHAD DATU,15 Julai – Kementerian Kerja Raya menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang permohonan lanjutan masa (EOT) bagi pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B.
Timbalan Menterinya,Datuk Seri Ahmad Maslan,berkata ketegasan itu penting bagi mengelakkan kelewatan berantai yang boleh menjejaskan keseluruhan jadual projek.
“Saya ingin membuat saranan supaya tidak ada sebarang lanjutan masa (EOT) kepada mana-mana syarikat dengan apa jua alasan. Jika diberi EOT kepada satu syarikat,maka ia akan berjangkit dan dijadikan alasan oleh syarikat lain. Akhirnya,semua syarikat diberi EOT dan seluruh projek lewat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Lahad Datu,Sabah.
Dalam masa sama,beliau turut mengingatkan syarikat kontraktor yang telah mengambil alih tapak projek Pan Borneo supaya bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraan,termasuk jalan-jalan yang sebelum ini diselenggara oleh konsesi.
Katanya,langkah itu penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna,serta mengelakkan keadaan jalan yang rosak dan membahayakan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur