2025-07-16 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto BERNAMA
WELLINGTON,16 Julai - Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang sedang dipinda,bakal mengambil inspirasi daripada model pemerkasaan masyarakat Maori di New Zealand.
Antara elemen utama yang akan diperkenalkan termasuk isu hak pemilikan tanah,penyertaan dalam pendidikan,serta mewujudkan agensi pembiayaan khusus dalam bidang keusahawanan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,perkara itu boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan konteks Malaysia.
"Kita berhasrat untuk memperkuatkan hak kepada masyarakat orang asli dan kerana akta ini terlalu lama,71 tahun yang lalu,maka pindaaan ini adalah untuk melihat mana-mana aspek yang terlalu longgar untuk jaga kebaikan orang asli.
"Ini tidak berarti kita mahu menekan kerajaan negeri ataupun mana-mana agensi atau jabatan di peringkat persekutuan,namun kolaborasi antara persekutuan dan negeri ini penting," katanya.
Beliau menjelaskannya kepada pemberita pada sidang media di Rumah Malaysia di sini.
Pindaan kepada Akta 134 itu kini berada di peringkat draf awal,menerusi proses libat urus bersama pemegang taruh termasuk tokoh akademik dan profesional orang asli.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut diamanahkan merangka semula ekosistem pembangunan komuniti tersebut,agar tidak hanya tertumpu kepada keperluan asas seperti infrastruktur dan pendidikan.
Tambahnya,pindaan akta berkenaan dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan,selepas diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur