2025-07-16 IDOPRESS

Foto BERNAMA
WELLINGTON,16 Julai - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan lawatan kerja pada hari ketiga di New Zealand dengan mengadakan pertemuan bersama pemimpin kanan negara itu di Wellington.
Beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Pembangunan Maori,Tama Potaka bertempat di Bilik Mesyuarat Menteri,Parlimen New Zealand.
Pertemuan tersebut dilihat berupaya membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai dasar pembangunan komuniti peribumi.
Sekali gus membuka potensi kerjasama antara Malaysia dan New Zealand dalam memperkasa komuniti orang asli di Malaysia.
Beliau kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya David Seymour di pejabat Timbalan Perdana Menteri New Zealand itu di Bangunan Beehive.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kemudiannya hadir ke sesi libat urus bersama Presiden Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) Ibrar Sheikh di Rumah Malaysia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur