2025-07-17 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Julai - Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21,bagi tempoh 17 hingga 23 Julai.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan untuk tempoh sama,harga runcit diesel di Sabah,Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen seliter daripada RM2.88 kepada RM2.91 seliter.
MOF memaklumkan penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan MOF.
Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur