2025-07-17 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR,16 Julai - Sebanyak 156 Klinik Kesihatan dilengkapi dengan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS),dengan 70 peratus pesakit dilayan dalam tempoh kurang 30 minit.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran Facebook memaklumkan,menerusi angka tersebut oa sakali gus mencatatkan reformasi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dilakukan kementerian itu.
Bawah reformasi berkenaan juga,fasa 1 sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) telah disiapkan melibatkan lima juta preskripsi,20 juta rekod vaksinasi dan satu juta rekod pergigian.
Dalam pada itu aplikasi MySejahtera kini berkembang menjadi gerbang kesihatan pencegahan dan digital nasional.
"Kami juga amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan Google kini sedang meneroka kerjasama strategik untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi menangani cabaran kesihatan utama negara.
"Ia adalah langkah besar ke arah menjadikan Malaysia peneraju kesihatan digital berasaskan AI di rantau ini," menurut hantaran itu.
Menerusi hantaran sama,beliau menyatakan bahawa sebagai Pengerusi ASEAN 2025,Malaysia komited untuk memacu kerjasama serantau dalam tadbir urus data kesihatan,penggunaan AI yang beretika dan pembinaan kapasiti digital rentas sempadan.
"Kesihatan Awam Jitu bukan lagi konsep masa depan. Ia sedang kita laksanakan di Malaysia dan ia akan menjadi tonggak kepada sistem kesihatan yang lebih mampan,saksama dan berdaya saing," tambah kenyataan itu.
Datuk Seri Dr Dzulkefly hari ini merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Jitu Asia 2025 yang menghimpunkan lebih 500 delegasi dari seluruh rantau.
Selain itu ia turut disertai lapan pempamer teknologi dan pemimpin-pemimpin kesihatan serantau yang berkongsi aspirasi membina sistem kesihatan berasaskan data,bersifat peribadi dan berpusatkan rakyat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur