2025-07-17 HaiPress

Seramai 68 guru sekolah menengah dan rendah di Perlis mengikuti Program Komuniti Pembelajaran Profesional Siri 2 bermula 16 Julai lalu
SUNGAI PETANI,17 Julai - Seramai 60 guru sekolah menengah dan lapan guru sekolah rendah di Perlis terpilih mengikuti Program Komuniti Pembelajaran Profesional Siri 2 selama tiga hari di sebuah resort di sini bermula semalam.
Inisiatif anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu bertujuan meningkatkan kecekapan guru dalam menghasilkan penulisan kajian tindakan di sekolah yang berkualiti.
Ia juga bagi menggalakkan amalan reflektif dan budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik.
Pengarah Eksekutif FCoEE,Prof Datuk Dr Kamaruddin Hussin dalam kenyataannya berkata,pelaksanaan program ini adalah antara perancangan baharu dengan penerapan serta pembudayaan digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Menurutnya,program berkenaan melibatkan guru-guru dalam enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Matematik Tambahan,Sejarahdan Sains.
Beliau berkata,sepanjang program setiap guru menerima bimbingan intensif dalam proses penulisan serta peluang kolaboratif merentas sekolah dan mata pelajaran,selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan warga pendidik di Perlis
Program Komuniti Pembelajaran Profesional Siri 2 adalah kesinambungan daripada kejayaan Siri 1 yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau,Perlis pada 30 Jun hingga 2 Julai lalu.
Program kali ini membabitkan seramai 10 fasilitator dan empat penceramah berpengalaman dalam pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur