2025-07-17 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Julai - Acara kewangan dan inovasi terulung negara,MyFintech Week (MyFW) 2025 kembali lagi bagi edisi ketiga bermula 4 hingga 7 Ogos 2025.
Dengan tema "Cipta Idea,Inovasi,Cipta Bersama: Membentuk Masa Depan Kewangan",acara ini bakal menghimpunkan tokoh industri,penggubal dasar dan pemacu inovasi teknologi untuk meneroka isu-isu mendesak,serta trend terkini yang sedang mentakrifkan semula ekosistem kewangan global dan serantau.
MyFW 2025 dianjurkan secara bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM),Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB),Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Fintech Malaysia (FAOM).
Menurut kenyataan penganjur,MyFW 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar berskala nasional dan serantau,selain menyokong pembangunan ekosistem 'fintech' atau teknologi kewangan yang mampan.
Ia turut menyediakan ruang kepada peneraju baharu dan sedia ada untuk meneroka peluang pasaran dan membina jaringan strategik.
Dengan penyertaan pelbagai agensi dan tokoh antarabangsa,Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan serantau yang proaktif dalam menghadapi cabaran digital,sekali gus mempercepat transformasi kewangan inklusif di peringkat ASEAN.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur