2025-07-17 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,16 Julai - Rundingan berhubung pelarasan tarif perlu dikaji secara teliti dan realistik,kata Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut Tengku Zafrul,terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dikompromi,khususnya melibatkan kedaulatan negara dan industri strategik.
"Jika kita bersetuju dengan Amerika Syarikat dalam mana-mana perkara,kita juga perlu memastikan layanan yang sama diberikan kepada negara-negara lain termasuk negara ASEAN,Eropah,China dan sebagainya.
"Jadi,kita perlu menilai semua ini secara menyeluruh dari pelbagai aspek" katanya selepas merasmikan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025 yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Tambah beliau,rundingan tarif itu perlu membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
Sementara itu,mengulas mengenai penurunan tarif import barangan Indonesia kepada 19 peratus,beliau berkata pihaknya masih belum menerima maklumat lanjut berhubung perkara itu.
Sebelum ini,Donald Trump mengumumkan Jakarta dikenakan kadar tarif sebanyak 32 peratus bagi barangan Indonesia yang memasuki AS.
"Kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Indonesia. Kita sudah dengar kenyataan yang dibuat oleh Donald Trump,tetapi saya tidak mempunyai maklumat lanjut setakat ini.
"Apa yang kita tahu hanyalah melalui pengumuman oleh Presiden AS. Kita masih menunggu kenyataan selanjutnya daripada pihak Indonesia," katanya lagi.
Katanya,kerajaan masih meneruskan rundingan dengan AS untuk menurunkan kadar tarif timbal balas sebelum tarikh akhir pada 1 Ogos depan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur