2025-07-17 HaiPress

Menteri Besar Pahang,Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail/ Foto BERNAMA
KUANTAN,16 Julai - Pahang mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion sehingga bulan lalu,sekali gus mengatasi Terengganu dengan RM1.3 bilion dan Kelantan,RM1.1 bilion.
Menteri Besar Pahang,Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan berkata,pencapaian ini adalah hasil kerjasama dan usaha pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan negeri,syarikat berkaitan kerajaan negeri,Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),serta peneraju industri dan pelabur.
Menurut beliau,pelaburan ini memperkukuhkan kedudukan ekonomi negeri,terutamanya dalam sektor strategik seperti pembuatan,minyak dan gas,serta pelancongan sebagai pemacu utama pertumbuhan negeri.
Selain itu,nilai pelaburan komited mencecah RM3.5 bilion yang dicatatkan menggambarkan keyakinan tinggi pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan iklim pelaburan yang kondusif di Pahang.
Dalam pada itu,Pahang turut merekodkan jangkaan nilai pelaburan baharu berimpak tinggi berjumlah RM38.4 bilion.
Dari sudut prestasi ekonomi pula,Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang mencatat pertumbuhan 5.7 peratus bagi tahun 2024,mengatasi purata nasional 5.1 peratus dengan nilai RM68.7 bilion,sekali gus yang terbaik di Pantai Timur.
Malah sejak tahun 2018,KDNK negeri itu merekodkan peningkatan 23 peratus,bersamaan kira-kira RM13 bilion,menjadi suatu refleksi kepada pelaksanaan dasar pembangunan yang strategik,mampan dan menyeluruh.
Kejayaan ini membuktikan kestabilan politik,dasar yang konsisten,pembangunan infrastruktur moden,serta ekosistem pelaburan yang mesra dan efisien menjadi pemangkin utama kemajuan negeri.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur