2025-07-17 HaiPress

Datuk Idham Nawawi
KUALA LUMPUR,16 Julai - CelcomDigi Bhd mencatat lonjakan produktiviti melebihi 20 peratus di semua stor runcit berkonsep baharunya,untuk menawarkan pengalaman pelanggan lebih imersif dan berteraskan digital.
Stor berkonsep baharu itu bukan sekadar ruang jualan,sebaliknya bertindak sebagai hab pengalaman digital yang memperlihatkan teknologi terkini seperti 5G,kecerdasan buatan (AI),dan peranti berhubung membentuk gaya hidup moden pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDiGi Bhd Datuk Idham Nawawiberkata,transformasi runcit itu bukti komitmen syarikat untuk mendekatkan teknologi kepada rakyat Malaysia dalam bentuk yang mudah difahami dan diterokai.
"Stor-stor iniberfungsi sebagai titik sentuhan utama dalam strategi transformasi runcit CelcomDigi yang lebih meluas berikutan penggabungan antara Celcom dan Digi dua tahun lepas. Sekarang ini,kami mengendalikan 61 stor sendiri,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran stor runcit "Life" di ibu negara.
Pelancaran stor Life turut menjadi pencapaian penting dalam perjalanan transformasi runcit tiga tahun CelcomDigi yang bertujuan mentakrif semula hubungan antara pelanggan dan teknologi.
Terletak di The Gardens Mall dan Sunway Pyramid,stor runcit Life ini direka bentuk sebagai hab pengalaman agar pelanggan mudah menemui,bereksperimen dengan dan memiliki teknologi terkini yang berkaitan.
Ketika ini,syarikat telekomunikasi itu mengendalikan lebih 10,000 titik sentuhan runcit di seluruh negara dan berhasrat untuk memperluas capaiannya pada masa depan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur