2025-07-17 HaiPress

Mohd Shamsor Mohd Zain
KUALA LUMPUR,16 Julai – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengekalkan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2025 sebanyak 780,000 unit,meskipun mencatatkan penurunan jualan kenderaan baharu sebanyak 4.6 peratus dalam separuh pertama tahun ini.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),Mohd Shamsor Mohd Zain,berkata pihak industri yakin prestasi akan pulih dalam separuh kedua tahun ini,disokong beberapa faktor termasuk pelancaran model baharu,kadar faedah lebih rendah serta pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).
"Berdasarkan pengiraan awal,sekiranya kesan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikira menggunakan kaedah lama,angkanya dianggarkan sekitar 10 hingga 30 peratus.
"Namun begitu,difahamkan kerajaan kini berada di peringkat akhir bagi menentukan kaedah baharu,yang akan dikongsi bersama pihak industri dan pihak lain berharap dapat melihat kesan sebenar OPR selepas itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mengenai semakan prestasi perdagangan dan pengeluar kenderaan bagi separuh pertama tahun 2025,di ibu negara.
Pasaran juga dijangka mendapat rangsangan daripada langkah Bank Negara OPR kepada 2.75 peratus dan pelaksanaan strategi promosi agresif oleh syarikat pengeluar kenderaan.
MAA turut menjelaskan gabungan dua pengeluar kereta nasional masih menguasai 63 peratus bahagian pasaran,dengan jualan 235,961 unit bagi separuh pertama 2025.
Dalam tempoh enam bulan pertama 2025,jumlah keseluruhan kenderaan yang didaftarkan ialah 373,636 unit,lebih rendah berbanding 391,451 unit yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.
Penurunan itu didorong faktor asas tinggi pada 2024,pembelian awal oleh pengguna pada Disember tahun lepas serta penghapusan subsidi diesel pada Jun 2024 yang memberi kesan ketara kepada jualan kenderaan komersial.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur