2025-07-17 IDOPRESS

Karnival HePiLI@HuSel menarik penyertaan kira-kira 200 orang murid dalam acara dipertandingkan seperti senam sihat,lompat tali,sudut kesihatan,poster digital dan si cilik bercerita/ JKNS
HULU SELANGOR,16 Julai - Penganjuran Karnival HePiLI@HuSel merupakan medium untuk mencungkil bakat bahari ke peringkat negeri selain memperkenalkan pelbagai aktiviti fizikal melalui teras Agenda National Malaysia Sihat (ANMS) kepada sekolah,khususnya Kelab Doktor Muda (KDM).
Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor,Dr Suhaida Mohd Sidek berkata,program Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) bertujuan membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga institusi pendidikan,termasuk guru dan pelajar.
"Objektif utama karnival ini adalah untuk menyampaikan mesej kesihatan secara interaktif,menilai kreativiti dan kemahiran murid sebagai ejen penyampai mesej kesihatan,serta menyediakan platform perkongsian ilmu kepada semua yang terlibat.
"Selain itu,karnival ini juga merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada barisan penyelaras,guru dan pelajar yang telah gigih melaksanakan Program HePiLI," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran program tersebut yang menarik kira-kira 600 pengunjung,bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu,di sini.

Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur