2025-07-17 IDOPRESS

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan 'rescue tools'.
BUTTERWORTH,16 Julai - Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah bangunan dalam proses pengubahsuaian di Jalan Jetty Lama,di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang,John Sagun Francis berkata,dalam kejadian pada 2 petang itu,mangsa G. Palanivelu,77,yang memandu kereta Perodua Kenari secara bersendirian mengalami kecederaan ringan.
“Sebaik pihak bomba tiba,pemandu kereta itu didapati tersepit di ruangan pemandu dan komander operasi membuat 'size up' melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan 'rescue tools'.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.28 petang dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu,tular di media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan sebuah kereta merempuh bangunan dua tingkat sehingga kenderaan itu dipenuhi batu bata dari bangunan yang dalam pembinaan berkenaan. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur