2025-07-17 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
PUTRAJAYA,16 Julai -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melantik tujuh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu dan mengekalkan lima ahli sedia ada,berkuat kuasa mulai 3 Mei lalu hingga 2 Mei 2027.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,landskap dakwah hari ini semakin kompleks dan memerlukan pendekatan yang lebih tersusun,pantas serta responsif.
"YADIM selaku agensi peneraju dakwah negara,perlu memastikan misi dalam bidang pendidikan,kebajikan,dan sosial dilaksanakan dengan penuh integriti dan keberkesanan," katanya kepada media selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM baharu di Kompleks Islam Putrajaya.
Antara lantikan baharu ahli tersebut ialah Yang Dipertua YADIM Datuk Dr. Hasan Bahrom,Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah dan Dr. Fatin Majdina Nordin.
Bagi lantikan penceramah terkenal Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Ustaz Dr. Bashir Mohamed dikekalkan.
Pelantikan itu melibatkan tokoh pelbagai latar belakang termasuk ulama,ilmuwan pondok,ahli akademik,anggota badan pemikir serta aktivis badan bukan kerajaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur