2025-07-17 IDOPRESS

Foto fail
KUALA LUMPUR,16 Julai -Usaha membanteras rasuah memerlukan komitmen kolektif antara sektor awam dan swasta dalam membina institusi berdaya tahan dan masyarakat yang beretika,kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata selain kerajaan yang memiliki kuasa kawal selia,sektor swasta boleh menyumbang melalui inovasi teknologi,akses kepada data dan sumber operasi.
“Usaha memerangi rasuah menuntut komitmen berterusan,integriti yang tidak berbelah bahagi serta tindakan secara bersama.
“Kerjasama awam-swasta ini menjadi pemangkin bagi membawa kekuatan dan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat yang bebas rasuah,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan bengkel anjuran bersama SPRM dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) di sini hari ini.
Bengkel bertajuk “Advancing Integrity Together: Public-Private Partnership for Inclusive Anti-Corruption Reforms” itu disertai peserta dari pelbagai negara antaranya Brunei,Denmark,Laos,Mongolia,Myanmar,Arab Saudi dan Oman.
Azam berkata Malaysia telah menunjukkan kemajuan dalam usaha membanteras rasuah apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara meningkat ke tangga ke-57 pada 2023 berbanding ke-61 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata ia didorong pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang mencatat kadar pencapaian 77 peratus,dengan 85 daripada 111 inisiatif berjaya dilaksanakan.
Bagi meneruskan momentum berkenaan,SPRM katanya telah melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 merangkumi lima strategi teras iaitu Pendidikan,Kebertanggungjawaban Awam,Suara Rakyat,Penguatkuasaan dan Insentif,disokong 60 substrategi pelaksanaan.
“Selain itu,SPRM turut melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi blok rantai dalam siasatan dan pemantauan dalam mendahului taktik rasuah yang semakin kompleks.
“Kerjasama dengan UNODC penting dalam menjayakan kerangka usaha global termasuk aspek liabiliti korporat,integriti sektor swasta dan kerjasama rentas sempadan,” katanya.
Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar,Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM Rasidah Abdul Karim dan Ketua Pasukan Hab Antirasuah UNODC untuk Asia Tenggara Annika Wythes.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur