2025-07-17 IDOPRESS

Foto Facebook Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
PETALING JAYA,16 Julai - Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dan bertindak segera dalam menangani isu sistem kesihatan awam melibatkan tiga hospital utama di Johor.
Ia termasuk menambah baik sistem kesihatan awam,pengisian segera jawatan kosong serta menaik taraf fasiliti di tiga hospital utama di negeri itu.
Menurut Menterinya,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,pendekatan menyeluruh atau “whole-of-government” diaplikasi bagi mempercepatkan pelaksanaan dasar dan memperkukuh sistem kesihatan awam secara menyeluruh.
"Bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan berkesan,kerjasama antara pelaksana di peringkat negeri dan persekutuan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan lebih sistematik,tersasar dan berfokus.
"KKM sentiasa komited memastikan akses rawatan kesihatan yang adil,berkualiti dan saksama bukan hanya untuk rakyat Johor,tetapi untuk seluruh rakyat dalam negara," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Precision Public Health Asia 2025.
Tambah beliau,KKM turut meneliti segala keperluan yang harus dilengkapi di Hospital Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Cendana sebelum dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan.
Sementara itu,satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan sebagai mekanisme penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan jangka pendek,sederhana dan panjang.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur