2025-07-17 IDOPRESS

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
KUALA LUMPUR,16 Julai -Melaka akan melancarkan 'Smart AI Tourism Melaka' menjelang September depan untuk memperkukuh ekosistem pelancongan digital di negeri itu selain menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,insiatif yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) itu akan memudakan pelancong untuk mengenal pasti lokasi tumpuan pelancongan sekali gus mempertingkatkan pengalaman pelawat ke Malaysia.
"Smart AI ini akan menjadi jurubahasa akan menjadi pemandu pelancong dalam pelbagai bahasa untuk memperkenalkan kawasan-kawasan tarikan pelancong di Melaka termasuk kawasan-kawasan sejarah yang akan diluncurkan pada September.
"Smart AI Tourism Melaka ini juga akan menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung di Melaka kerana panduan yang diberikan dalam bentuk dunia digital ini lebih memudahkan serta memberi maklumat dengan cepat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka 2025 di ibu negara.
Berkenaan liputan rangkaian di Kawasan Berpenduduk (CoPA),Melaka menyasarkan capaian 100 peratus liputan 4G dan 5G menjelang tahun 2027.
Justeru sokongan dan kerjasama berterusan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi diperlukan bagi mencapai hasrat itu.
Pada majlis sama,turut berlangsung pemeteraian memorandum persefahaman (MoU)dan kerjasama strategik antara Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur