2025-07-17 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Julai - Malaysia berpegang teguh kepada prinsip rundingan yang jelas dalam membentuk sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat bagi memastikan kepentingan jangka panjang negara terus dilindungi.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,perjanjian yang tidak kukuh boleh memberi kesan buruk kepada industri dan ekonomi negara dalam tempoh jangka panjang.
"Tajuk berita yang menarik dibaca mungkin bertahan beberapa minggu,sebulan paling lama tetapi perjanjian yang lemah akan membawa akibat jangka panjang kepada rakyat,industri termasuk sektor kesihatan serta ekonomi negara.
Saya yakin kesan jangka panjang yang negatif bukanlah sesuatu yang diingini rakyat,mahupun pembayar cukai pada masa kini dan akan datang,” katanya ketika memberi ucapan pembukaan pada Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 (IHW) di ibu negara,hari ini.
Tengku Zafrul ketika memberi ucapan pembukaan pada IHW 2025 di ibu negara.Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur