2025-07-17 IDOPRESS

Malaysia masih berunding untuk menurunkan kadar tarif import barangan Malaysia ke negara itu/Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,16 Julai – Syarikat tempatan digalakkan membuat pelaburan di Amerika Syarikat (AS) susulan tarif import sebanyak 25 peratus yang akan dikenakan ke atas produk dari Malaysia bermula 1 Ogos 2025,kata Pakar Ekonomi,Prof. Dr Ida Md. Yasin.
Beliau berkata,langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengurangkan kesan tarif berkenaan ke atas eksport Malaysia ke AS.
“Syarikat Malaysia mempunyai peluang untuk membuat pelaburan di Amerika Syarikat. Dari segi teknologi,AS jauh lebih maju dan teknologinya tersedia.
"Namun,terpulang kepada syarikat Malaysia untuk membuat pengiraan mengenai tempoh masa pulangan pelaburan supaya keuntungan dapat dikembalikan kepada syarikat,” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.
Prof. Dr Ida menambah,isu teknologi bukan perkara yang membimbangkan namun perlu mengambil kira faktor kos buruh yang lebih tinggi di negara itu.
“Saya tidak begitu risau tentang teknologi kerana AS sendiri sangat banyak teknologi terbaru. Cuma yang sedikit menjadi kegusaran adalah kos buruh.
"Ini kerana kita tahu kos buruh di AS adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Syarikat-syarikat yang melabur di Amerika harus mengambil kira perkara ini dalam perancangan pelaburan mereka,” katanya.
Donald Trump mengumumkan tarif import 25 peratus ke atas Malaysia,Jepun,Singapura dan Korea Selatan bermula 1 Ogos.
Indonesia sebelum ini dikenakan 32 peratus menurun kepada 19 peratus selepas mencapai rundingan pada awal Julai.
Manakala,54 peratus ke atas China,46 peratus ke atas Vietnam,40 peratus ke atas Laos dan Myanmar,36 peratus ke atas Cambodia dan Thailand.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur