2025-07-17 IDOPRESS

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus,berbanding 2.1 peratus pada 2023/foto FB DrUzir Mahidin
KUALA LUMPUR,16 Julai - Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan meningkat 0.3 peratus pada 2024,berbanding penurunan 1.9 peratus pada 2023.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi satu kenyataan memaklumkan,peningkatan ini didorong oleh peningkatan 7.9 peratus dalam sektor pertanian,perhutanan & perikanan,selepas mencatatkan penyusutan ketara 13.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Sektor utiliti juga kekal positif,dengan indeks bagi bekalan elektrik & gas serta bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 0.6 peratus dan 6.5 peratus.
"Sementara itu,sektor perlombongan mencatatkan penurunan 2.0 peratus,berbanding penurunan 5.9 peratus yang direkodkan pada 2023.
"Sektor pembuatan pula mencatatkan penurunan perlahan 0.3 peratus pada 2024,berbanding penurunan 0.2 peratus pada tahun sebelumnya," menurut kenyataan itu.
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus,berbanding 2.1 peratus pada 2023.
Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh indeks kesenian,hiburan & rekreasi.
Subsektor lain yang mencatatkan peningkatan adalah indeks kesihatan dan aktiviti hartanah,kedua-duanya meningkat 0.3 peratus,diikuti oleh indeks profesional yang meningkat 0.2 peratus.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur