2025-07-18 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Julai - Lebih 2,000 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal himpunan yang dijadual berlangsung minggu depan di ibu negara.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata,polis telah mengenal pasti empat lokasi utama iaitu Sogo,Masjid Jamek,Masjid Negara dan Pasar Seni.
Beliau mengingatkan penganjur dan peserta agar tidak melakukan provokasi,khususnya membabitkan isu 3R (Raja,Agama dan Kaum).
“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas jika berlaku pelanggaran undang-undang. Nasihat saya,berkumpullah secara aman,jaga kelakuan dan elak sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini.
Kalau boleh,elakkan menggunakan suar dan seumpamanya. Semua bertanggungjawab menjaga keselamatan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Datuk Mohamed Usuf mengambil alih tugas Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak 25 Jun lepas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur