2025-07-18 HaiPress

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/Foto RTM
KUALA LUMPUR,18 Julai – Isu buli di institusi pendidikan khususnya di sekolah berasrama tidak boleh dikompromi dan mesti ditangani secara tegas dan menyeluruh.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan,perbuatan buli perlu dianggap sebagai satu jenayah dan tindakan undang-undang mesti dikenakan tanpa mengira latar belakang pelaku.
"You touch,you go. Kita tak boleh lagi bersikap kasihan atau cuba menyorok kes di bawah permaidani. Hukuman mesti tegas dan konsisten," katanya ketika ditemui di Angkasapuri.
Jelas beliau,pendekatan MARA adalah berlandaskan dua dimensi utama iaitu pencegahan dan hukuman. Kedua-duanya perlu bergerak seiring bagi membentuk ekosistem pendidikan yang selamat dan berintegriti.
Mengulas mengenai punca berlakunya buli,beliau menyatakan ia berpunca daripada pelbagai faktor termasuk latar belakang keluarga,pengaruh rakan sebaya dan media yang secara tidak langsung menyuburkan budaya takut untuk melaporkan kejadian buli.
"Kita perlu hapuskan stigma seperti ‘mak jibam’ atau ‘mat repot’ yang membuatkan pelajar takut untuk bersuara. Setiap individu ada tanggungjawab untuk bertindak," jelasnya lagi.
Mengulas tindakan pihak MARA,beliau menekankan nilai adab,empati dan kasih sayang sentiasa diterapkan dalam kalangan pelajar. Namun,tindakan tegas tetap diambil terhadap pelaku buli tanpa kompromi.
"Tak kira siapa,kalau terbabit dengan kes buli,tetap akan dikenakan tindakan. Kita bukan hanya cakap,kita buat," tegas beliau.
MARA juga komited untuk terus membanteras budaya buli secara holistik dan bersepadu agar institusi pendidikan kekal menjadi tempat yang selamat untuk semua.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur