2025-07-18 HaiPress

Bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Gerik,Perak/Foto Bernama
PUTRAJAYA,18 Julai – Laporan Awal Pasukan Petugas Khas berhubung kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan utiliti pelbagai (MUV) di Kilometer 53,Jalan Raya Timur-Barat (Gerik–Jeli),Perak pada 9 Jun lalu didedahkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT),hari ini.
Laporan berkenaan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi dan didedahkan kepada umum,atas prinsip ketelusan serta demi kepentingan orang ramai.
Disediakan secara bebas dan objektif,laporan tersebut dikendali Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT,menerusi penglibatan pakar teknikal dan wakil pelbagai agensi berkaitan.
Fokus utama siasatan adalah terhadap aspek keselamatan dan tidak menjejaskan sebarang siasatan jenayah yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Menurut MOT,langkah itu mencerminkan komitmen kementerian terhadap akauntabiliti dan usaha penambahbaikan berterusan dalam sistem keselamatan jalan raya negara.
MOT turut berharap laporan tersebut dapat menjadi asas perbincangan awam yang sihat dan mendorong tindakan kolektif ke arah mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih selamat dan berdaya tahan.
Laporan penuh boleh diakses melalui laman sesawang rasmi MOT.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur