2025-07-18 HaiPress

Enproserve Group Berhad di Pasaran ACE/Foto RTM
KUALA LUMPUR,18 Julai – Syarikat Perkhidmatan Minyak dan Gas,Enproserve Group Berhad mencatat prestasi memberangsangkan pada hari pertama disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia,dipacu sentimen pasaran yang kukuh.
Enproserve dibuka pada harga 26 sen lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 24 sen.
Sahamnya melonjak setinggi 30.5 sen,naik 27.1 peratus daripada harga rujukan selepas lebih 34 juta saham bertukar tangan sebelum tengah hari.
Setakat ini,syarikat yang berpusat di Terengganu itu mencatatkan nilai permodalan pasaran sebanyak RM305 juta.
Pengerusinya,Datuk Hashim Majid menegaskan,pertumbuhan syarikat didorong visi untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam mengekalkan dan mengoptimumkan infrastruktur industri di seluruh rantau tersebut.
"Enproserve Group Berhad hari ini memulakan era baharu sebagai syarikat tersenarai dan komited untuk pertumbuhan mampan serta memberi impak jangka panjang kepada semua pemegang kepentingan,"katanya ketika berucap pada majlis penyenaraian syarikat,pagi tadi.
Kemunculan Enproserve di pasaran menambah keyakinan pelabur terutama dalam persekitaran ketidaktentuan tarif semasa.
"Penyenaraian ini juga menyusul selepas permulaan kukuh iCents Group Holdings Bhd pada Khamis," katany lagi.
Sebanyak 5.31 juta unit saham syarikat itu telah diniagakan dalam tempoh awal dagangan,menunjukkan
minat pelabur yang positif terhadap syarikat tersebut.
Enproserve yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan,kini menyertai
senarai syarikat baharu yang dilancarkan ke pasaran awam tahun ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur