2025-07-18 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto RTM
PUTRAJAYA,18 Julai - Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu diharap dapat memadam segala spekulasi dan tohmahan berkaitan isu badan kehakiman sebelum ini,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya harap perkara ini dapat menjernihkan keadaan. Namun,satu hal yang ingin saya tekankan ialah budaya fitnah harus dihentikan.
"Cerca dan kecaman tanpa merujuk kepada fakta serta keputusan yang diambil harus dipertimbangkan dengan adil,kerana Badan Kehakiman merupakan satu tonggak penting negara yang berdaulat,bebas,mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Istiqlal,Presint 14 di sini.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua barisan tokoh perundangan yang diberi mandat untuk menerajui Badan Kehakiman negara.
Sementara itu,berhubung cadangan pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia,Perdana Menteri berkata masih terlalu awal untuk mengulas isu tersebut.
"Soal Nick Adams itu kita ikut proses. Masih terlalu awal,kerajaan memberi pertimbangan dan menjaga,dalam masa sama,hubungan yang baik antara Malaysia-AS," katanya lagi.
Dalam pada itu,Perdana Menteri bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk menjelaskan isu dokumen tambahan jika perlu.
"Hal ini masih dan telah dirujuk ke mahkamah. Saya tidak boleh mendahului mahkamah dalam hal ini.
"Dan kedua,saya dah beritahu kepada kepimpinan UMNO,saya sedia berbincang dengan mereka,memberi penjelasan jika perlu atau melakukan perkara yang baik untuk menjaga hubungan," ujar beliau.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur