2025-07-18 HaiPress

Foto BERNAMA
SHAH ALAM,18 JULAI - Timbalan Ketua Polis Selangor,Mohd Zaini Abu Hassan dilantik memangku jawatan Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa,Isnin ini.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman,Datuk Abdul Aziz Abdul Majid,menyaksikan majlis serah terima tugas itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Sementara itu,Datuk Abdul Aziz merakamkan penghargaan atas khidmat bakti dan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh lebih dua tahun perkhidmatan beliau.
Antaranya kejayaan menguruskan insiden-insiden besar di Selangor,terutamanya nahas udara di Elmina dan letupan paip gas di Putra Heights.
"Kalau dilihat,terdapat banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang sepanjang beliau bertugas sebagai Ketua Polis Selangor. Pelbagai insiden besar telah berlaku dan cara beliau menanganinya benar-benar menarik perhatian.
"Antara insiden yang paling saya ingat melibatkan Datuk Hussein dan Tuan Zaini ialah dua kejadian utama yang saya rasa wajar diberikan penghargaan maksimum yang pertama,insiden pesawat terhempas di Elmina,dan yang kedua,letupan paip gas di Putra Heights.
"Saya percaya dengan komitmen dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Datuk Hussein,beliau mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada JSJN," katanya ketika berucap pada Majlis serah terima tugas di sini,hari ini.
Dalam pada itu,Datuk Hussein turut merakamkan penghargaan kepada pasukannya kerana pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi para pegawai,anggota dan kakitangan awam kontinjen berkenaan.
Majlis serah terima tugas hari ini,dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Datuk Hussein dan Mohd Zaini.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur