2025-07-18 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 Julai - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peniaga mengelak mata wang itu susulan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS),kata penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2340/2580 berbanding dolar AS daripada 4.2465/2510 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Gabenor Fed Christopher Waller mencadangkan bank pusat menurunkan kadar faedah pada bulan ini dan tidak perlu menunggu pasaran tenaga kerja merosot untuk mengambil langkah sedemikian.
Beliau berkata pelabur kekal berhati-hati dalam kebimbangan sama ada negara lain boleh mendapat konsesi sebelum tarif baharu AS berkuat kuasa pada 1 Ogos.
“Isu berkaitan tarif AS dan sama ada negara lain akan mendapat konsesi sebelum kadar tarif baharu berkuat kuasa pada 1 Ogos akan terus menjadi tumpuan utama,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat domestik,katanya tumpuan kini kepada anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025,yang dijadualkan diumumkan hari ini.
“Unjuran kami ialah ekonomi akan berkembang sebanyak 4.5 peratus berikutan aktiviti yang dilaksanakan lebih awal dijangka menyokong permintaan luar Malaysia manakala pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan dan aktiviti pelaburan yang berterusan akan terus memacu permintaan domestik,” katanya.
Sehubungan itu,katanya ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.24 hingga RM4.25 berbanding dolar AS hari ini.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8523/8687 daripada 2.8548/8580,mengukuh berbanding pound kepada 5.6867/7189 daripada 5.6886/6946 dan naik berbanding euro kepada 4.9178/9457 daripada 4.9217/9269 semalam.
Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2939/3131 daripada 3.3013/3051,naik berbanding baht Thailand kepada 13.0385/1201 daripada 13.0521/0720,mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.1/260.6 daripada 259.8/260.2 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.44 daripada 7.41/7.43 sebelum ini.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur