2025-07-18 HaiPress

Foto CIMB
KUALA LUMPUR,18 Julai -CIMB Bank Berhad (CIMB) menjalin kerjasama dengan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (Pharmaniaga) bagi memperkukuh kemudahan pembiayaan rantaian bekalan dan fleksibiliti pembayaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor kesihatan.
Melalui kerjasama itu,klinik dan farmasi boleh menggunakan CIMB SME BusinessCard untuk menikmati lanjutan tempoh kredit sehingga 50 hari dan pulangan tunai 0.5 peratus tanpa had bagi pembelian daripada Pharmaniaga.
CIMB menerusi kenyataan memaklumkan usaha itu bertujuan membantu PKS mengurus aliran tunai,mengurangkan tekanan operasi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama,Perbankan Komersial dan Transaksi Kumpulannya,Lawrence Loh,inisiatif itu selaras dengan usaha pihaknya untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang praktikal bagi memperkukuh daya tahan PKS kesihatan.
“PKS memainkan peranan penting dalam ekosistem penjagaan kesihatan negara. Dengan menawarkan syarat kredit yang dipanjangkan serta insentif pembayaran awal,kami membantu mereka mengurus aliran tunai dengan lebih baik dan menambah baik perkhidmatan kepada pesakit,” katanya menerusi kenyataan sama.
Kerjasama itu juga mencerminkan pendekatan CIMB dalam mengintegrasikan inovasi kewangan berdasarkan keperluan sektor,terutamanya dalam industri berimpak tinggi seperti penjagaan kesihatan.
CIMB turut merancang untuk memperluas portfolio PKS kesihatannya melalui kerjasama strategik dan penyelesaian pembiayaan digital yang lebih berfokus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur