2025-07-18 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,18 Julai - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini,sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang positif,didorong oleh data ekonomi yang lebih baik dan laporan pendapatan suku tahunan yang melebihi jangkaan pasaran.
Pada pukul 9.11 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.49 mata atau 0.36 peratus kepada 1,526.43 daripada 1,520.94 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.03 mata kepada 1,522.97.
Pasaran secara menyeluruh positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 260 berbanding 95 manakala 267 kaunter tidak berubah,1,836 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 187.29 juta saham bernilai RM128.20 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut sedikit kepada 4.453 peratus.
“Di Hong Kong,Indeks Hang Seng ditutup rendah berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menantikan pemangkin baharu,” katanya kepada Bernama.
Dalam negara,katanya FBM KLCI akhirnya meningkat semula melebihi paras 1,520 berkemungkinan disokong oleh aktiviti pembelian saham oleh institusi tempatan selepas mencatatkan aliran penurunan selama beberapa hari.
“Hari ini,kami menjangka indeks berada dalam julat 1,515 hingga 1,525,” katanya.
Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi,Maybank dan IHH Healthcare,masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.55 dan RM6.55,Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.26,CIMB menambah 7.0 sen kepada RM6.57 manakala Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM13.74.
Dalam dagangan aktif,Enproserve Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 5.5 sen kepada 29.5 sen,NexG dan Zetrix AI,masing-masing meningkat setengah sen kepada 49.5 sen dan 94 sen,KHPT menambah 1.5 sen kepada 13.5 sen dan Gamuda menokok 12 sen kepada RM5.27.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 49.94 mata kepada 11,475.11,Indeks FBMT 100 meningkat 49.74 mata kepada 11,238.11,Indeks FBM Emas Shariah menambah 48.50 mata kepada 11,522.47,Indeks FBM 70 melonjak 114.12 mata kepada 16,658.16 dan Indeks FBM ACE naik 10.39 mata kepada 4,646.37.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 45.47 mata kepada 17,347.82,Indeks Tenaga naik 2.16 mata kepada 741.27,Indeks Perladangan meningkat 16.62 mata kepada 7,447.16 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.47 mata kepada 154.46. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur