2025-07-18 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Julai – Enproserve Group Bhd memberi tumpuan kepada dua bidang utama selepasdisenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
Dua bidang tersebut adalah pelaksanaan kerja penyelenggaraan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC),Johor menjelang tahun 2027 dan peluasan perkhidmatan dalam sektor kren dan pengangkutan berat.
Pengarah Urusan Kumpulan,Azman Yusof berkata,pihaknya telah memulakan perancangan terperinci bagi projek di PIC,termasuk menubuhkan pasukan khas bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
“Kompleks PIC adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Jadi hasil daripada projek ini dijangka melebihi pendapatan semasa kami,” katanya semasa sidang media penyenaraian syarikat.
Beliau turut menjelaskan,kontrak penyelenggaraan loji sedia ada akan memastikan kelangsungan operasi syarikat untuk tempoh dua tahun akan datang.
Manakala,projek jangka panjang di PIC yang merangkumi kontrak selama 10 tahun dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan pendapatan.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan dana yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) akan digunakan,terutamanya untuk memperkukuh segmen perniagaan kren dan logistik berat.
Ia seiring perjanjian perkhidmatan yang dimeterai bersama Petronas Chemical Group,Petronas Gas dan Petronas Fertiliser.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur