2025-07-18 IDOPRESS

Datuk Rusdi Mohd Isa (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (kanan) sambil disaksikan Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman,Datuk Hamzah Ahmad (tengah) / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Julai - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad kini memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.
Beliau akan menggalas tanggungjawab tersebut sehingga pelantikan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.
Datuk Mohamed Usuf mengambil alih tugas daripada mantan Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd Isa yang telah berkhidmat selama hampir satu tahun tiga bulan.
Datuk Rusdi dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berkuat kuasa Isnin depan.
Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,Datuk Hamzah Ahmad.
Terdahulu dalam ucapan semasa Perhimpunan Bulanan Khas Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi memaklumkan,statistik jenayah di ibu negara berkurangan.
"Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jenayah kekerasan turun 29 peratus daripada 790 kes pada 2024 kepada 563 kes tahun ini. Jenayah harta benda juga menurun 27 peratus,daripada 3,377 kes kepada 2,453 kes,” katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur