2025-07-18 IDOPRESS

Sebuah bas sekolah terbalik selepas terlanggar lubang pembetungan
JOHOR BAHRU,18 Julai – Sepuluh pelajar cedera selepas van sekolah dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Abdul Samad,di sini,kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,ACP Raub Selamat berkata,kemalangan berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah berhampiran.
“Van dipercayai melanggar lubang pembetung di tepi jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum van terbalik,” katanya dalam kenyataan,hari ini.
Kesemua mangsa berusia antara tujuh hingga 15 tahun kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA),Johor Bahru.
Manakala tujuh pelajar lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor,Aznan Tamin menziarahi mangsa di HSA sejurus selepas kejadian.
Chen Jie Terajui Mintimes Group ke Pentas Antarabangsa
Jualan Agro MADANI kekal tawar harga berpatutan, bekalan makanan stabil
Stok simpanan beras ditambah kepada 300,000 tan metrik
ASEAN perlu tindakan serantau hadapi cabaran ekonomi, tenaga
Cadangan Kementerian Undang-Undang perkukuh urusan perundangan
Universiti main peranan dalam menilai karya pelajar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur