2025-07-18 IDOPRESS

Foto Hiasan/Arkib BERNAMA
SHAH ALAM,18 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengesahkan tiada elemen pencatutan dan kenaikan harga dikesan,setakat ini.
Hasil dapatan itu diperolehi menerusi pelaksanaan Operasi Kesan (Op Kesan) 4.0,susulan pelarasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lapan peratus bermula 1 Julai lalu.
Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri,Mohd Hanizam Kechek,sepanjang tempoh dua minggu pelaksanaan operasi tersebut,sebanyak 120 premis diperiksa melibatkan 416 jenis barangan termasuk barangan keperluan asas dan makanan dalam tin.
"Berdasarkan dapatan bermula 1 Julai,hasil daripada analisis yang dijalankan,kami mendapati tiada unsur pencatutan berlaku. Aduan yang diterima lebih kepada isu tiada tanda harga dan perkara seperti itu adalah aduan biasa yang kami terima setiap hari.
"Bagi kes aduan kenaikan harga yang melibatkan penandaan harga,tindakan akan diambil segera secara 24 jam. Pegawai penguat kuasa akan digerakkan ke lapangan untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya," ujar beliau selepas mengadakan pemeriksaan Op Kesan 4.0 di Shah Alam,hari ini.
Jelas beliau,kesemua premis yang diperiksa telah menerima Notis di bawah Seksyen 21 Akta 723 bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan harga dan kos barangan terlibat.
Sebelum 1 Julai,lebih seribu pemeriksaan sehari dilaksanakan KPDN Selangor sebagai persediaan pelaksanaan SST baharu.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur