2025-07-18 IDOPRESS

Foto fail
KUALA LUMPUR,18 Julai - Malaysia mencatat prestasi perdagangan memberangsangkan bagi separuh pertama 2025.
Jumlah dagangan meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Eksport naik 3.8 peratus kepada RM760.2 bilion,manakala import berkembang 5.9 peratus kepada RM704.67 bilion.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan,lebihan dagangan berjumlah RM55.53 bilion direkodkan bagi bagi Januari hingga Jun 2025,pencapaian tertinggi setakat ini.
“Prestasi positif ini menunjukkan sektor perdagangan negara kekal kukuh walaupun berdepan cabaran ekonomi global.
MITI akan terus memperkukuh kerjasama dengan MATRADE bagi membuka lebih banyak pasaran baharu,” menurut kenyataan itu.
Bagi Jun 2025 sahaja,nilai perdagangan keseluruhan berjumlah RM234.85 bilion,susut 1.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Eksport turun 3.5 peratus kepada RM121.72 bilion,dipengaruhi pengurangan eksport barangan petroleum,LNG dan petroleum mentah. Namun,import meningkat 1.2 peratus kepada RM113.13 bilion.
Lebihan dagangan untuk Jun 2025 kembali meningkat kepada RM8.59 bilion,jauh lebih tinggi berbanding RM759.9 juta pada Mei.
Ini menandakan lebihan dagangan selama 62 bulan berturut-turut sejak Mei 2020,mencerminkan daya tahan sektor perdagangan Malaysia.
"Minyak sawit dan produk berasaskan pertanian kekal mencatat pertumbuhan dua digit untuk bulan ke-15 berturut-turut. Produk elektrik dan elektronik (E&E) serta jentera dan kelengkapan turut membantu mengimbangi penurunan eksport komoditi utama lain.
Prestasi eksport E&E selari dengan jangkaan World Semiconductor Trade Statistics (WSTS) yang mengunjurkan pertumbuhan jualan semikonduktor global sebanyak 11.2 peratus tahun ini," menurut kenyataan itu lagi.
Dari segi destinasi,eksport ke Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah,Taiwan dan Mexico menunjukkan peningkatan,disokong permintaan lebih tinggi untuk barangan E&E.
Malaysia kekal komited meneruskan rundingan bagi memastikan aturan perdagangan lebih adil dan saling menguntungkan,termasuk usaha pemerkasaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan peluasan pasaran eksport ke destinasi baharu.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur