2025-07-18 IDOPRESS

Sebuah lori kontena yang membawa muatan bahan kimia terbalik di Lebuhraya KESAS
SHAH ALAM,18 Julai - Sebuah lori kontena membawa muatan bahan kimia terbabas dan terbalik di kilometer 29.6 Lebuhraya KESAS menghala ke Klang,pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,Wan Md Razali Wan Ismail berkata,panggilan kecemasan diterima pukul 10.25 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
Operasi turut dibantu BBP Andalas dengan kekuatan 14 anggota,menggunakan jentera FRT,HAZMAT dan EMRS.
Menurut Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan II,Mohd Syazwan Mohd Radzi,lori berkenaan membawa bahan kimia sulfur,kalsium karbonat dan titanium oksida dalam bentuk cecair,disimpan dalam 10 tangki ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu.
“Tumpahan berlaku di dalam kontena dan mengalir ke jalan utama,menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna lebuh raya.
Pemandu lori berjaya diselamatkan orang awam dan hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan,hari ini.
Jelas beliau,kerja menegakkan dan mengalihkan kontena masih dijalankan dengan anggota bomba menunggu kehadiran kontraktor bagi proses pembersihan bahan kimia.
Orang awam dinasihatkan mengelak kawasan tersebut bagi melancarkan operasi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur