2025-07-18 IDOPRESS

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank,Firdaos Rosli / Foto RTM
KUALA LUMPUR,17 Julai - Penambahbaikan dalam industri tertentu perlu diberi keutamaan sebagai langkah memperkukuh asas ekonomi negara serta menangani tekanan kos sara hidup secara lebih berkesan.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank,Firdaos Rosli berkata,langkah penyahkawalseliaan ke atas industri terpilih dijangka dapat meningkatkan produktiviti negara selain mengurangkan halangan birokrasi yang dihadapi oleh pemain industri.
"Pengurangan kawal selia terhadap industri tertentu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti sektor ekuiti dan pemilikan tanah,boleh memberi suntikan positif kepada negara.
Selain itu,usaha mempermudah proses serta menyelaraskan prosedur perniagaan turut penting bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih kompetitif di peringkat serantau," katanya kepada media selepas Forum Ekonomi Kebangsaan 2025.
Katanya,langkah tersebut dilihat mampu memastikan kestabilan ekonomi negara terutama ketika berhadapan dengan cabaran seperti gangguan rantaian bekalan,tekanan inflasi global dan ketidaktentuan pasaran semasa.
Beliau turut mencadangkan penyusunan semula insentif pelaburan agar Malaysia kekal kompetitif berbanding negara jiran yang turut menawarkan pelbagai galakan fiskal.
Di samping itu,kerajaan disaran meneliti penambahbaikan terhadap struktur pentadbiran sedia ada bagi melancarkan proses kelulusan serta pelaksanaan dasar secara lebih efisien.
Menurutnya,meskipun rakyat menginginkan penyelesaian segera,isu kos sara hidup memerlukan pendekatan dasar jangka panjang yang mampan dan berteraskan struktur ekonomi yang kukuh.
Sehubungan itu,gabungan langkah berkenaan bukan sahaja berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,malah dilihat sebagai strategi jangka panjang yang mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur