2025-07-18 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,17 Julai - Ekonomi Malaysia diramal terus berdaya tahan dan berkembang sebanyak 4.1 peratus tahun ini,di sebalik cabaran faktor luaran.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank (Maybank IB),Suhaimi Ilias berkata,permintaan domestik yang kukuh akan menjadi kunci untuk memastikan ekonomi negara terus berada di landasan pertumbuhan.
''Pemacu utamanya termasuklah perbelanjaan pengguna,dasar kerajaan yang menyokong dan kitaran naik pelaburan yang berterusan.
''Jika kita lihat angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan dari suku pertama tahun lepas hingga suku pertama tahun ini,permintaan domestik bukan sahaja menjadi penyumbang utama,malah menyumbang dengan konsisten dan kukuh kepada pertumbuhan KDNK Malaysia.
''Jika diperincikan lagi komponen permintaan domestik,saya berpandangan bahawa perbelanjaan dan pelaburan swasta terutamanya,merupakan penyumbang ketara kepada pertumbuhan KDNK tahunan setakat ini,'' katanya dalam Taklimat Tinjauan Pasaran Separuh Kedua 2025 Maybank IB,hari ini.
Tambahnya,faktor-faktor domestik yang menyokong akan turut mengimbangi potensi impak daripada ketidaktentuan luaran,sebahagian besarnya disebabkan oleh ketegangan perdagangan dan perang tarif dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu,beliau menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk tempoh berbaki tahun ini.
''Kami melihat BNM mengambil pendekatan pengurangan kadar faedah sekali sahaja untuk tahun ini,walaupun bank pusat telah memberi isyarat mengenai semakan semula KDNK akhir bulan ini.
''Berdasarkan andaian semasa berkaitan rundingan perdagangan dengan AS dan isu tarif,BNM memberi isyarat bahawa mereka telah selesai dengan pelarasan OPR bagi tahun ini.
''Bank pusat juga telah menyatakan bahawa pemotongan OPR bukanlah penyelesaian kepada isu tarif ini,yang membawa maksud bahawa kita perlu memberi tumpuan kepada rundingan tersebut." tambahnya.
BNM minggu lalu membuat keputusan untuk menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus,kali pertama sejak Mei 2023.
Dalam pada itu,Maybank IB juga mengekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,660 mata tahun ini,dengan mengandaikan ketegangan perdagangan semakin mereda dan hasil rundingan tarif yang menggalakkan.
Ringgit pula dijangka berada pada paras RM4.10 menjelang akhir 2025,disokong oleh prestasi lemah dolar AS,aliran masuk portfolio dan langkah pembaharuan dasar dalam negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur