2025-07-18 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,17 Julai - Standard Chartered menjangkakan nilai ringgit akan kekal stabil antara RM4.20 hingga RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut Ketua Pelaburan Terurus dan Penasihatnya,Ng Shin Seong,unjuran itu disokong kelemahan mata wang itu yang dijangka berterusan,serta perubahan dalam dasar kadar faedah di kedua-dua negara.
"Jurang kadar faedah antara Malaysia dan AS dijangka semakin mengecil dalam tempoh 12 bulan akan datang,susulan penurunan lebih awal kadar faedah Malaysia selain jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada bulan yang akan datang," katanya dalam sidang media Prospek Pasaran Global Separuh Kedua 2025 di sini hari ini.
Sementara itu,Ahli Strategis Pelaburan Kanannya,Yap Fook Hien berkata,perkembangan itu akan memberi kelebihan kepada ringgit dan ekuiti Asia untuk tempoh akan datang
Buat masa ini,beliau tidak melihat sebarang kemungkinan untuk dolar AS kembali melonjak dalam tempoh setahun.
Penelitian semula terhadap nilai mata wang itu akan dibuat selepas tempoh itu,mengambil kira faktor pertumbuhan serta kemajuan ekonomi semasa.
"Kami optimis terhadap prestasi ekuiti di Asia,yang didorong oleh kelemahan dolar kecuali pasaran Jepun buat masa ini.
''Tumpuan kami adalah pasaran China dan Korea disebabkan oleh langkah rangsangan serta perkembangan teknologi AI (kecerdasan buatan) di sana," katanya dalam majlis sidang media yang sama.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur