2025-07-21 HaiPress
Foto fail
JASIN,20 Julai -Sebanyak 18 pasukan menyertai Pertandingan Tarian Singa dan Naga peringkat kebangsaan Piala YB Along 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Chee,Selandar di sini hari ini.
Pertandingan kali pertama dianjurkan pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Asahan itu disertai pasukan dari Kuala Lumpur,Johor,Selangor,Kelantan dan Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata acara itu menjadi platform memupuk perpaduan dan menghargai seni budaya warisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Tarian singa dan naga kini juga mempunyai peserta daripada kaum lain serta menjadi elemen perpaduan yang boleh diraikan. Acara seperti ini memberi peluang kepada masyarakat lain mengenali seni dan tradisi kaum Cina selain dapat menarik kehadiran pengunjung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu,Fairul Nizam merasmikan pertandingan itu dan turut hadir Exco Kesihatan,Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Beliau memaklumkan hasrat untuk meneruskan penganjuran pertandingan itu berikutan sambutan diterima amat menggalakkan.
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan,naib johan (RM2,000) dan tempat ketiga (RM1,000). - BERNAMA
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur